Perisian Berguna Bagi Pembangunan Projek Rekacipta Elektronik
Terdapat begitu banyak perisian di luar sana yang berguna di dalam pembangunan projek-projek elektronik.
Berikut adalah senarai lima perisian yang berguna untuk konteks-konteks rekacipta elektronik yang berbeza, dan yang lebih penting lagi, kesemua perisian ini adalahpercuma dan praktikal untuk digunakan untuk golongan Tinkerer, Maker.
Express PCB dan Express Schematics
Pakej perisian ini terdiri daripada perisian Express PCB dan perisian Express Schematics. Menepati namanya kedua-dua perisian ini cukup berguna di dalam menghasilkan lakaran skematik dan tataletak papan litar bercetak dengan pantas.
Ia sesuai untuk projek rekacipta elektronik peringkat asas (basic) sehingga ke peringkat pertengahan (intermediate).
Lakaran skematik dan tataletak dapat dihasilkan dalam tempoh sesingkat beberapa minit, bahkan bagi mereka yang tidak biasa menggunakannya.
Keburukannya, perisian ini adalah terhad dari segi fungsi-fungsi lanjutan (seperti fungsiautorouter) . Ia juga mempunyai perpustakaan komponen yang agak terhad.
Saya juga mengunakan perisian ini untuk menghasilkan cetakan litar untuk teknik pemindahan toner (toner transfer) di dalam penghasilan papan litar bercetak secara DIY.
Cadsoft Eagle
Cadsoft Eagle adalah perisian yang lengkap untuk segala projek berkaitan elektronik (kecuali untuk simulasi). Eagle boleh dikatakan sebagai perisian piwaian industri dan digunakan bagi bagi rekaan elektronik peringkat pertengahan (intermediate) sehingga ke peringkat lanjutan (advance).
Keburukkan yang paling ketara bagi Eagle adalah ianya perisian yang tidak mesra pengguna dan rumit. Proses asas seperti menambah, membuang komponen dan melukis wayar juga adalah luar daripada norma dan perlu proses membiasakan diri.
Bagi mereka yang baru mula menggunakan Eagle, akan akan dapati bahawa, sesuatu lakaran yang dapat dihasilkan dengan pantas menggunakan perisian lain (seperti Express Schematics dan Express PCB) akan mengambil masa yang jauh lebih lama kerana sifatnya yang tidak intuitif. Namun terdapat begitu bayak sumber rujukan yang boleh diperolehi online bagi periasian ini yang memudahkan kerja-kerja merujuk.
Ia juga mempunyai perpustakaan komponen yang lengkap. Namun jika anda ingin menambah komponen anda sendiri, ia adalah proses yang rumit.
Maka berbaloikah anda mempelajari menggunakan Eagle? Amat berbaloi kerana Eagle mempunyai begitu banyak ciri yang berguna seperti autorouter dan keupayaan membuat pelbagai customization (seperti saiz Pad, Vias, dsb).
Ia juga berupaya menghasilkan format fail (seperti fail Gerber) yang diterima oleh pembuat papan litar bercetak professional untuk tempahan litar yang kompleks seperti contoh di atas.
DIY Layout Creator
DIY Layour Creator adalah perisian ringkas. Ia berguna untuk menghasilkan tataletak komponen diatas Stripboard.
Perisian ini membantu anda menghasilkan tataletak stripboard untuk projek anda dengan mudah. Paparan imej-imej komponen secara grafikal juga berguna dalam membantu anda melihat bagaimana hasil akhir projek anda di atas stripboard. Anda juga mepunyai pilihan menghasilkan tataletak untuk Perfboard dan PCB.
Malangnya sama seperti kebanyakkan perisian percuma, perisian ini datang dengan perpustakaan komponen yang terhad.Untuk merekabentuk komponen sendiri juga adalah proses yang rumit dan melibatkan proses pegaturcaraan.
Tina-TI
Tina-TI adalah perisian simulasi litar berasaskan Spice yang dihasilkan untuk Texas Instruments (TI) dan diberikan secara percuma untuk kegunaan awam.
Saya secara peribadi menggunakan Tina-TI untuk membuat simulasi bagi mencari kesilapan, dan membuat penambahbaikan (fine-tuning) kepada litar yang direka. Ia sesuai untuk projek rekacipta elektronik tahap pertengahan (intermediate) hingga lanjutan (advance)
Tina-TI juga berguna apabila anda mula bermain litar analog dan digital. Anda beupaya melihat rupa bentuk arus yang terhasil, nilai serta perilaku litar. Anda juga berupaya membuat analisa DC, AC dan Transient serta menggunakan fungsi Osiloskop (oscilloscope)
Segala fungsian perisian ini agak sukar difahami bagi mereka yang pertama kali ingin membuat simulasi litar. Bagi kes sebegni, Google adalah rakan karib anda.
Fritzing
Fritzing merupakan perisian yang paling saya gemari. Segala kerumitan yang sering dikaitkan dengan perisian pembangunan elektronik dipermudahkan oleh Fritzing. Ia adalah perisian yang dicipta khas untuk golongan Tinkerer dan Maker.
Bagi banyak projek rekacipta elektronik, ianya bermula denga proses tinkering diatasProtoboard / Breadoard. Fitzing membolehkan anda membuat rekaan litar secara grafikal di atas Protoboard / Breadoard maya dan secara automatik dapat merubah rekaan litar tersebut kepada skematik dan tataletak PCB.
Perpustakaan komponen bagi Fritzing adalah kecil namun tetapi mempunyai banyak komponen-komponen yang tidak terdapat dalam perisian lain seperti Servo, Sel Solar, modul XBee dan sebagainya. Terdapat juga banyak sumber online untuk anda memuat turun komponen yang anda perlukan.
Secara keseluruhannya, saya secara peribadi mengunakan kelima-lima perisian ini untuk konteks penggunaan yang berbeza.
Sememangnya terdapat fungsi-fungsi yang bertindan, namun dengan kelima-lima perisian ini, hampir segala bentuk keperluan projek rekacipta elektronik anda dapat dipenuhi oleh kombinasi penggunaan perisian-perisian ini.
Umumnya perisian-perian ini dicipta bagi memenuhi 3 fungsi utama; untuk menghasilkan lakaran skematik litar (circuit schematics), menghasilkan lakaran tataletak litar (circuit layout) dan menjalankan simulasi litar (circuit simulation).
Berikut adalah senarai lima perisian yang berguna untuk konteks-konteks rekacipta elektronik yang berbeza, dan yang lebih penting lagi, kesemua perisian ini adalahpercuma dan praktikal untuk digunakan untuk golongan Tinkerer, Maker.
Senarai ini bukan senarai menyeluruh. Ia adalah senarai perisian yang saya secara peribadi dapati cukup berguna dan praktikal berdasarkan pengalaman saya sendiri. Orang lain mungkin mempunyai pandangan yang berbeza :)
Express PCB dan Express Schematics
Tataletak PCB mengunakan Express PCB
Pakej perisian ini terdiri daripada perisian Express PCB dan perisian Express Schematics. Menepati namanya kedua-dua perisian ini cukup berguna di dalam menghasilkan lakaran skematik dan tataletak papan litar bercetak dengan pantas.
Ia sesuai untuk projek rekacipta elektronik peringkat asas (basic) sehingga ke peringkat pertengahan (intermediate).
Lakaran skematik litar menggunakan Express Schematic
Perisian ini berguna bilamana anda masih lagi diperingkat meneroka dan merangka litar anda, peringkat di mana anda sendiri tidak mahu meluangkan masa yang banyak memikirkan segala perincian yang terlibat.
Lakaran skematik dan tataletak dapat dihasilkan dalam tempoh sesingkat beberapa minit, bahkan bagi mereka yang tidak biasa menggunakannya.
Keburukannya, perisian ini adalah terhad dari segi fungsi-fungsi lanjutan (seperti fungsiautorouter) . Ia juga mempunyai perpustakaan komponen yang agak terhad.
Meskipun perpustakaan komponen adalah terhad, proses untuk menambah komponen anda sendiri adalah mudah.
Saya juga mengunakan perisian ini untuk menghasilkan cetakan litar untuk teknik pemindahan toner (toner transfer) di dalam penghasilan papan litar bercetak secara DIY.
Contoh papan litar bercetak (PCB) DIY yang dihasilkan dengan bantuan perisianExpress PCB
Cadsoft Eagle
Cadsoft Eagle adalah perisian yang lengkap untuk segala projek berkaitan elektronik (kecuali untuk simulasi). Eagle boleh dikatakan sebagai perisian piwaian industri dan digunakan bagi bagi rekaan elektronik peringkat pertengahan (intermediate) sehingga ke peringkat lanjutan (advance).
Keburukkan yang paling ketara bagi Eagle adalah ianya perisian yang tidak mesra pengguna dan rumit. Proses asas seperti menambah, membuang komponen dan melukis wayar juga adalah luar daripada norma dan perlu proses membiasakan diri.
Bagi mereka yang baru mula menggunakan Eagle, akan akan dapati bahawa, sesuatu lakaran yang dapat dihasilkan dengan pantas menggunakan perisian lain (seperti Express Schematics dan Express PCB) akan mengambil masa yang jauh lebih lama kerana sifatnya yang tidak intuitif. Namun terdapat begitu bayak sumber rujukan yang boleh diperolehi online bagi periasian ini yang memudahkan kerja-kerja merujuk.
Ia juga mempunyai perpustakaan komponen yang lengkap. Namun jika anda ingin menambah komponen anda sendiri, ia adalah proses yang rumit.
Contoh papar litar professional yang dihasilkan mengunakan Eagle
Maka berbaloikah anda mempelajari menggunakan Eagle? Amat berbaloi kerana Eagle mempunyai begitu banyak ciri yang berguna seperti autorouter dan keupayaan membuat pelbagai customization (seperti saiz Pad, Vias, dsb).
Ia juga berupaya menghasilkan format fail (seperti fail Gerber) yang diterima oleh pembuat papan litar bercetak professional untuk tempahan litar yang kompleks seperti contoh di atas.
DIY Layout Creator
Tataletak litar diatas Stripboard
DIY Layour Creator adalah perisian ringkas. Ia berguna untuk menghasilkan tataletak komponen diatas Stripboard.
Stripboard
Kerapkali adalah tidak berbaloi untuk anda menghasilkan PCB sendiri bagi projek-projek rekacipta di mana saiz papan litar adalah tidak begitu kritikal (ruang perumah litar adalah luas) dan kompleksiti litar anda tidaklah begitu rumit.
Perisian ini membantu anda menghasilkan tataletak stripboard untuk projek anda dengan mudah. Paparan imej-imej komponen secara grafikal juga berguna dalam membantu anda melihat bagaimana hasil akhir projek anda di atas stripboard. Anda juga mepunyai pilihan menghasilkan tataletak untuk Perfboard dan PCB.
Perfboard
Malangnya sama seperti kebanyakkan perisian percuma, perisian ini datang dengan perpustakaan komponen yang terhad.Untuk merekabentuk komponen sendiri juga adalah proses yang rumit dan melibatkan proses pegaturcaraan.
Tina-TI
Tina-TI adalah perisian simulasi litar berasaskan Spice yang dihasilkan untuk Texas Instruments (TI) dan diberikan secara percuma untuk kegunaan awam.
Simulasi dan analisis litar mengunakan Tina-TI
Saya secara peribadi menggunakan Tina-TI untuk membuat simulasi bagi mencari kesilapan, dan membuat penambahbaikan (fine-tuning) kepada litar yang direka. Ia sesuai untuk projek rekacipta elektronik tahap pertengahan (intermediate) hingga lanjutan (advance)
Tina-TI juga berguna apabila anda mula bermain litar analog dan digital. Anda beupaya melihat rupa bentuk arus yang terhasil, nilai serta perilaku litar. Anda juga berupaya membuat analisa DC, AC dan Transient serta menggunakan fungsi Osiloskop (oscilloscope)
Segala fungsian perisian ini agak sukar difahami bagi mereka yang pertama kali ingin membuat simulasi litar. Bagi kes sebegni, Google adalah rakan karib anda.
Saya sendiri sudah beberapa tahun mengunakan perisian ini namun masih perlu merujuk kepada sumber rujukan dari masa ke samasa :)
Fritzing
Antaramuka Fritzing dan litar grafikal Protoboard / Breadoard.
Fritzing merupakan perisian yang paling saya gemari. Segala kerumitan yang sering dikaitkan dengan perisian pembangunan elektronik dipermudahkan oleh Fritzing. Ia adalah perisian yang dicipta khas untuk golongan Tinkerer dan Maker.
Bagi banyak projek rekacipta elektronik, ianya bermula denga proses tinkering diatasProtoboard / Breadoard. Fitzing membolehkan anda membuat rekaan litar secara grafikal di atas Protoboard / Breadoard maya dan secara automatik dapat merubah rekaan litar tersebut kepada skematik dan tataletak PCB.
Litar yang dibangunkan di atas Protoboard / Breadoard
Perpustakaan komponen bagi Fritzing adalah kecil namun tetapi mempunyai banyak komponen-komponen yang tidak terdapat dalam perisian lain seperti Servo, Sel Solar, modul XBee dan sebagainya. Terdapat juga banyak sumber online untuk anda memuat turun komponen yang anda perlukan.
Jika anda ingin bermain dengan Arduino, Fritzing adalah satu kemestian
Secara keseluruhannya, saya secara peribadi mengunakan kelima-lima perisian ini untuk konteks penggunaan yang berbeza.
Sememangnya terdapat fungsi-fungsi yang bertindan, namun dengan kelima-lima perisian ini, hampir segala bentuk keperluan projek rekacipta elektronik anda dapat dipenuhi oleh kombinasi penggunaan perisian-perisian ini.
( Rujukan daripada laman sesawang )
No comments:
Post a Comment