Sunday 9 March 2014





Nasi Goreng Biasa


NASI GORENG BIASA
Bahan-Bahannya:
1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - di bersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
  2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
  4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
  5. Masukkan kicap. Gaul rata.
  6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yg tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble. 
  7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
  8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
  9. Tutup api dan hidangkan.


                                                                                                                (Rujukan sesawang)



Ikan Bakar



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kg ikan putih (ikan air tawar) - dibersihkan
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air perahan limau kasturi
  • Sedikit garam
CARA-CARANYA:
  • Gaul ikan bersama air asam jawa dan air perahan limau kasturi, perapkan selama 15 minit.
  • Cuci semula ikan hingga bersih dan gaulkan ikan bersama garam.
  • Bakar ikan sambil dibalik-balikkan sehingga ikan masak.
  • Hidangkan ikan bakar bersama air asam sebagai pencicah.
(Rujukan laman sesawang)

Saturday 8 March 2014

Mee Goreng Basah







bahan2nya

1 paket mee kuning
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 sudu teh rempah kari
1 sudu teh rempah gulai
1/2 sudu sambal belacan
bebola ikan
kepingan udang
udang
sayur kangkung
sos tiram
kicap manis
1 cawan air
minyak masak

cara2nya

  • panaskan minyak gorengkan kepingan ikan dan bebola ikan (yg telah dihiris) hingga agak garing angkat dan ketepikan.
  • menggunakan minyak  yang sama tumiskan bawang putih dan bawang merah, bila bawang layu masukkan sambal belacan (kalau nak pedas letaklaa lebih).
  • bila dah naik aroma masukkan rempah kacau sebati masukkan air, kicap, kepingan dan bebola ikan serta sos tiram.
  • biarkan mendidih.. bila dah mendidih masukkan mee, sayur kangkung dan hirisan cili merah kacau rata dalam 5 minit dan bolehlah dihidangkan.

(Rujukan daripada lawan sesawang)

Kuey Teow Goreng



Dah sarapan..?? jom makan kuey teow goreng...
rasa2nya dah sokmo buat kuey teow goreng ni resepi pon dah ada kot... kadang2 aku ni main bantai goreng jerr ikut apa yang ada dalam peti ais... jom layan resepi


bahan2 yang tumbuk
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah 
2 biji cili merah

*
1 biji cili merah - di hiris
sedikit taugeh
sedikit kucai
5 biji fish ball - belah 2
1 batang fish cake - hiris
2 biji telur
semangkuk udang
sebungkus kuey teow
sos tiram
1 sudu sos cili
kicap manis
minyak 
garam n gula (jika perlu)
1/2 cawan air

cara2nya
  • Gorengkan dahulu fish ball dan fish cake bila dah agak garing angkat dan ketepikan 
  • kurangkan minyak kalau perlu, dan tumiskan bahan2 tumbuk hingga naik bau 
  • masukkan sos cili, sos tiram, dan kicap serta sedikit air.
  • Renehkan seketika dan bolehlah masukkan udang, biarkan udang masak
  • masukkan telur, kuey teow, fish ball dan fish cake,  taugeh dan kucai
  • rasa dan pandai2laa kalau perlu tambah kicap atau bahan perisa yang lain.
  • last sebelum matikan api masukkan cili merah hiris... hmmm dah siap!

(Rujukan daripada laman sesawang)

Thursday 6 March 2014

Perisian Berguna Bagi Pembangunan Projek Rekacipta Elektronik


Terdapat begitu banyak perisian di luar sana yang berguna di dalam pembangunan projek-projek elektronik.

Umumnya perisian-perian ini dicipta bagi memenuhi 3 fungsi utama; untuk menghasilkan lakaran skematik litar (circuit schematics), menghasilkan lakaran tataletak litar (circuit layout) dan menjalankan simulasi litar (circuit simulation).

Berikut adalah senarai lima perisian yang berguna untuk konteks-konteks rekacipta elektronik yang berbeza, dan yang lebih penting lagi, kesemua perisian ini adalahpercuma dan praktikal untuk digunakan untuk golongan Tinkerer, Maker.
Senarai ini bukan senarai menyeluruh. Ia adalah senarai perisian yang saya secara peribadi dapati cukup berguna dan praktikal berdasarkan pengalaman saya sendiri. Orang lain mungkin mempunyai pandangan yang berbeza :)



Express PCB dan Express Schematics
   Rekacipta.net - Express PCB
Tataletak PCB mengunakan Express PCB

Pakej perisian ini terdiri daripada perisian Express PCB dan perisian Express Schematics. Menepati namanya kedua-dua perisian ini cukup berguna di dalam menghasilkan lakaran skematik dan tataletak papan litar bercetak dengan pantas.

Ia sesuai untuk projek rekacipta elektronik peringkat asas (basic) sehingga ke peringkat pertengahan (intermediate).




Rekacipta.net - Express SCHLakaran skematik litar menggunakan Express Schematic

Perisian ini berguna bilamana anda masih lagi diperingkat meneroka dan merangka litar anda, peringkat di mana anda sendiri tidak mahu meluangkan masa yang banyak memikirkan segala perincian yang terlibat.

Lakaran skematik dan tataletak dapat dihasilkan dalam tempoh sesingkat beberapa minit, bahkan bagi mereka yang tidak biasa menggunakannya.

Keburukannya, perisian ini adalah terhad dari segi fungsi-fungsi lanjutan (seperti fungsiautorouter) . Ia juga mempunyai perpustakaan komponen yang agak terhad.
Meskipun perpustakaan komponen adalah terhad, proses untuk menambah komponen anda sendiri adalah mudah.

Saya juga mengunakan perisian ini untuk menghasilkan cetakan litar untuk teknik pemindahan toner (toner transfer) di dalam penghasilan papan litar bercetak secara DIY.


Contoh papan litar bercetak (PCB) DIY yang dihasilkan dengan bantuan perisianExpress PCB



Cadsoft Eagle


Rekacipta.net - Cadsoft Eagle
Cadsoft Eagle adalah perisian yang lengkap untuk segala projek berkaitan elektronik (kecuali untuk simulasi). Eagle boleh dikatakan sebagai perisian piwaian industri dan digunakan bagi bagi rekaan elektronik peringkat pertengahan (intermediate) sehingga ke peringkat lanjutan (advance).

Keburukkan yang paling ketara bagi Eagle adalah ianya perisian yang tidak mesra pengguna dan rumit. Proses asas seperti menambah, membuang komponen dan melukis wayar juga adalah luar daripada norma dan perlu proses membiasakan diri.

Bagi mereka yang baru mula menggunakan Eagle, akan akan dapati bahawa, sesuatu lakaran yang dapat dihasilkan dengan pantas menggunakan perisian lain (seperti Express Schematics dan Express PCB) akan mengambil masa yang jauh lebih lama kerana sifatnya yang tidak intuitif. Namun terdapat begitu bayak sumber rujukan yang boleh diperolehi online bagi periasian ini yang memudahkan kerja-kerja merujuk.

Ia juga mempunyai perpustakaan komponen yang lengkap. Namun jika anda ingin menambah komponen anda sendiri, ia adalah proses yang rumit.


hasl_pcb
Contoh papar litar professional yang dihasilkan mengunakan Eagle

Maka berbaloikah anda mempelajari menggunakan Eagle? Amat berbaloi kerana Eagle mempunyai begitu banyak ciri yang berguna seperti autorouter dan keupayaan membuat pelbagai customization (seperti saiz Pad, Vias, dsb).

Ia juga berupaya menghasilkan format fail (seperti fail Gerber) yang diterima oleh pembuat papan litar bercetak professional untuk tempahan litar yang kompleks seperti contoh di atas.



DIY Layout Creator



Rekacipta.net - DIY Layout Creator
Tataletak litar diatas Stripboard


DIY Layour Creator adalah perisian ringkas. Ia berguna untuk menghasilkan tataletak komponen diatas Stripboard.

stripboard
Stripboard

Kerapkali adalah tidak berbaloi untuk anda menghasilkan PCB sendiri bagi projek-projek rekacipta di mana saiz papan litar adalah tidak begitu kritikal (ruang perumah litar adalah luas) dan kompleksiti litar anda tidaklah begitu rumit.

Perisian ini membantu anda menghasilkan tataletak stripboard untuk projek anda dengan mudah. Paparan imej-imej komponen secara grafikal juga berguna dalam membantu anda melihat bagaimana hasil akhir projek anda di atas stripboard. Anda juga mepunyai pilihan menghasilkan tataletak untuk Perfboard dan PCB.
 Rekacipta.net - perfboard
Perfboard

Malangnya sama seperti kebanyakkan perisian percuma, perisian ini datang dengan perpustakaan komponen yang terhad.Untuk merekabentuk komponen sendiri juga adalah proses yang rumit dan melibatkan proses pegaturcaraan.





Tina-TI


Rekacipta.net - TINA-TI

Tina-TI adalah perisian simulasi litar berasaskan Spice yang dihasilkan untuk Texas Instruments (TI) dan diberikan secara percuma untuk kegunaan awam.

Rekacipta.net - TINA-TI Simulasi
Simulasi dan analisis litar mengunakan Tina-TI

Saya secara peribadi menggunakan Tina-TI untuk membuat simulasi bagi mencari kesilapan, dan membuat penambahbaikan (fine-tuning) kepada litar yang direka. Ia sesuai untuk projek rekacipta elektronik tahap pertengahan (intermediate) hingga lanjutan (advance)

Tina-TI juga berguna apabila anda mula bermain litar analog dan digital. Anda beupaya melihat rupa bentuk arus yang terhasil, nilai serta perilaku litar. Anda juga berupaya membuat analisa DC, AC dan Transient serta menggunakan fungsi Osiloskop (oscilloscope)

Segala fungsian perisian ini agak sukar difahami bagi mereka yang pertama kali ingin membuat simulasi litar. Bagi kes sebegni, Google adalah rakan karib anda.
Saya sendiri sudah beberapa tahun mengunakan perisian ini namun masih perlu merujuk kepada sumber rujukan dari masa ke samasa :)



Fritzing


Rekacipta.net - 08
Antaramuka Fritzing dan litar grafikal Protoboard / Breadoard.

Fritzing merupakan perisian yang paling saya gemari. Segala kerumitan yang sering dikaitkan dengan perisian pembangunan elektronik dipermudahkan oleh Fritzing. Ia adalah perisian yang dicipta khas untuk golongan Tinkerer dan Maker.

Bagi banyak projek rekacipta elektronik, ianya bermula denga proses tinkering diatasProtoboard / Breadoard. Fitzing membolehkan anda membuat rekaan litar secara grafikal di atas Protoboard / Breadoard maya dan secara automatik dapat merubah rekaan litar tersebut kepada skematik dan tataletak PCB.
 
atmega8board_01
Litar yang dibangunkan di atas Protoboard / Breadoard

Perpustakaan komponen bagi Fritzing adalah kecil namun tetapi mempunyai banyak komponen-komponen  yang tidak terdapat dalam perisian lain seperti Servo, Sel Solar, modul XBee dan sebagainya. Terdapat juga banyak sumber online untuk anda memuat turun komponen yang anda perlukan.
Jika anda ingin bermain dengan Arduino, Fritzing adalah satu kemestian


Secara keseluruhannya, saya secara peribadi mengunakan kelima-lima perisian ini untuk konteks penggunaan yang berbeza.

Sememangnya terdapat fungsi-fungsi yang bertindan, namun dengan kelima-lima perisian ini, hampir segala bentuk keperluan projek rekacipta elektronik anda dapat dipenuhi oleh kombinasi penggunaan perisian-perisian ini
.

( Rujukan daripada laman sesawang )  

Wednesday 5 March 2014

Rekacipta Antenna DIY Untuk Penerimaan Siaran Televisyen UHF

Projek rekacipta menghasilkan antenna untuk menerima siaran televisyen terestrial jalur Ultra High Frequency (UHF).

Siaran televisyen terestrial di Malaysia pada ketika ini terdiri daripada siaran TV percuma FTA (Free To Air) merangkumi RTM1, RTM2, TV3, TV9, NTV7, 8TV dan TV Al-Hijrah.

Meskipun kini terdapat siaran televisyen satelit berbayar ASTRO, masih ramai dari masyarakat Malaysia yang yang tidak mampu melanggan perkhidmatan ini dan bergantung kepada siaran TV FTA semata-mata.

Realitinya juga, masih terdapat banyak komuniti di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak yang berada di pinggiran (fringe) atau di luar liputan pemancaran, di mana siaran-siaran TV FTA tidak dapat diterima dengan jelas atau tidak diterima langsung.

Rekacipta antenna ini adalah berasaskan rekaan Gray Hoverman yang mampu menambahbaik penerimaan isyarat TV sehingga jarak 100km pada jalur UHF. Terdapat dua variasi kepada antenna Gray Hoverman iaitu versi yang menggunakan Pemantul Rod Kolinear 6-Pair Collinear Rod Reflectors) atau mengunakan skrin pemantul (Split / Full Screen Reflector).

Saya memilih versi Split-Screen Reflector sebagaimana lakaran rajah di bawah kerana prestasinya lebih baik berbanding versi Full Screen Reflector.

Rekacipta.net - Rajah Antenna TV UHF Gray Hoverman
Lakaran skematik antenna Split Screen Reflector Single Bay Gray Hoverman (SBGH) yang dihasilkan mengunakan SketchUp. Sebagaimana semua rekaan antenna, dimensi elemen antenna (antenna element) mesti dipatuhi dengan setepat mungkin. Rekaan antenna ini direkabentuk untuk penggunaan dalam rumah (indoor).


Sejarah Antenna Gray Hoverman 

Antenna Gray Hoverman adalah antenna open-source yang lahir daripada inovasi komuniti akar umbi.

Antenna ini pada asalnya direkacipta oleh Doyt R. Hoverman. Beliau dianugerahkan patent untuk ciptaan antenna ini pada 1959 and 1964. Kedua-dua patent tersebut luput pada 1979 dan 1984.

Setelah luput tempoh patent, komuniti Tinkerer, Maker dan DIYer mula meneroka dan bereksperimen dengan idea untuk mengubahsuai dan menambahbaik rekaan asal antenna Doyt R. Hoverman. Pada tahun 2008 berbekalkan perisian permodelan komputer dan input pelbagai lapisan komuniti, pelbagai konfigurasi dan variasi antenna ini dibina dan diuji.

Kerjasama dan percambahan idea ini telah membawa kepada lahirnya sebuah rekaan antenna open source yang dikenali sebagai Gray Hoverman yang mempunyai prestasi jauh lebih baik dari rekaan antenna asal dan kebanyakkan antenna UHF komersil di pasaran. Sumber Digitalhome.


Rekacipta.net - Antenna TV UHF Gray Hoverman
Antenna Split Screen Single Bay Gray Hoverman yang telah siap. Kerangka antenna diperbuat daripada kayu. Selain kayu, bahan alternatif lain adalah paip PVC. Elakkan mengunakan logam sebagai kerangka kerana ia akan mengganggu isyarat yang diterima. Saya menggunakan gam, dan staple gun untuk penyambungan.Memandangkan dawai kokot staple gun juga diperbuat daripada logam, ia juga akan memberi kesan kepada prestasi antenna tetapi minimal.


Rekacipta.net - sambungan kabel 300ohm pada elemen antenna
Elemen antenna (antenna element) diperbuat daripada dawai keluli bergalvani (galvanized steel). Kabel twin lead 300ohm dapateri pada feed point elemen antenna. Maaf kualiti gambar diatas kurang memuaskan.


Rekacipta.net - Skrin Pemantul Dari Wire Mesh
Jejaring keluli (steel wire mesh) yang berfungsi sebagai elemen pemantul (reflector element). Kesan gam dapat dilihat pada penyambungan. Pengunaan bahan penyambung logam seperti paku, skru, dsb harus diminimumkan.


Rekacipta.net - Penyambung kabel 300ohmRekacipta.net - kabel 300ohm
Kabel 300 ohm twin-lead dihubung kepada kepala penyambung. Kepala penyambung pula semestinya perlu disambung ke bahagian input antenna yang terdapat di belakang televisyen anda. Kabel dan penyambung ini boleh diperolehi di hampir kesemua kedai hardware dan kedai yang menjual kelengkapan elektrikal / elektronik di Malaysia.



Prestasi Antenna
 SBayRef-FullvsSplit

Graf prestasi (Net Gain) antara antenna Gray Hoverman versi Split Screen Reflector, versi Full Screen Reflector dan antenna UHF komersil model CM4221.

Graf menunjukkan antenna versi Split Screen Reflector (plot berwarna merah) memberikan prestasi Net Gain (dBi) tinggi antara pada jalur UHF antara saluran 18 sehingga saluran 54.

Net Gain (dBi) puncak ditunjukkan antara saluran 38 sehingga saluran 54.


Mengaplikasikan Antenna Untuk Menerima Isyarat TV Di Malaysia.

Jadual di bawah menunjukkan contoh Peruntukkan Radas (Apparatus Assignment) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi stesen pemancar NTV7di seluruh Malaysia. Maklumat frekuensi pancaran dan lokasi stesen pemancar ini boleh dirujuk bagi mengenalpasti frekuensi talaan (tuning) yang tepat bagi set televisyen anda dan arah untuk menghalakan antenna.

Sebagai contoh, dengan membandingkan graf Net Gain (dBi) antenna Gray Hoverman versi Split Screen Reflector telah dibina dan jadual di bawah, dapat dilihat bahawa antenna yang dibina ini berupaya menerima isyarat dengan baik (Net Gain yang tinggi) daripada kesemua stesen pemancar NTV7 kecuali stesen pemancar di Bukit Sungai Besi (frekuensi pancaran 189.25MHz).

Berdasarkan graf prestasi antenna ini juga, Net Gain tertinggi adalah bagi penerimaan isyarat dari stesen pemancar di Gunung Pulai, Johor (saluran 42, frekuensi pancaran 639.25MHz).


Tala (tune) set telesiyen anda dengan frekuensi bertepatan, dan halakan ke arah lokasi stesen pemancar (Google Map dan Google Earth boleh membantu anda mengenalpasti bearing yang tepat) untuk penerimaan isyarat terbaik.

NoSyarikat PenyiaranLokasi Stesen Pemancar
Frekuensi Pancaran
Wilayah
1.NATSEVEN TV SDN BHDBUKIT KERATONG,TELIPOK.
559.25
SABAH
2.NATSEVEN TV SDN BHDGUNUNG SERAPI,KUCHING
519.25
SARAWAK
3.NATSEVEN TV SDN BHDGUNUNG JERAI
599.25
UTARA
4.NATSEVEN TV SDN. BHD.GUNUNG PULAI
639.25
SELATAN
5.NATSEVEN TV SDN BHDBUKIT SUNGAI BESI
189.25
TENGAH
6.NATSEVEN TV SDN BHDTANJONG LOBANG
583.25
SARAWAK
7.NATSEVEN TV SDN. BHD.GUNUNG TELAPAK BURUK
591.25
SELATAN
8.NATSEVEN TV SDN. BHD.BUKIT PELINDONG
527.25
TIMUR
9.NATSEVEN TV SDN BHDSEBANGKOI
535.25
IBU PEJABAT
10.NATSEVEN TV SDN BHDBUKIT NYABAU
527.25
SARAWAK
11.NATSEVEN TV SDN. BHD.PERINGAT
551.25
TIMUR
12.NATSEVEN TV SDN BHDGUNUNG ULU KALI (GENTING)
599.25
TENGAH
13.NATSEVEN TV SDN BHDBUKIT SINGHALANG
519.25
SARAWAK
14.NATSEVEN TV SDN. BHD.BUKIT BESAR
527.25
TIMUR
15.NATSEVEN TV SDN BHDBUKIT LARUT
551.25
UTARA
16.NATSEVEN TV SDN BHDGUNUNG KLEDANG
543.25
UTARA
17.NATSEVEN TV SDN. BHD.GUNUNG LEDANG
583.25
SELATAN

Berdasarkan maklumbalas daripada mereka-mereka yang telah turut menghasilkan antenna ini, Net Gain yang tinggi dari antenna ini dikatakan membolehkan penerimaan siaran di kawasan sehingga 100km jauhnya dari stesen pemancar.

Sesuai untuk mereka yang tinggal di pinggir / di luar kawasan liputan, terutamanya di kawasan pedalaman yang sukar menerima siaran TV terestria  FTA.

Artikel Berkaitan:

Manakala contoh di bawah pula adalah Single Bay Gray Hoverman Full Screen Reflector yang dihasilkan oleh Tinkerer, Maker yang lain. Versi ini dihasilkan juga menggunakan kombinasi paip PVC dan dibina untuk pemasangan di luar rumah (outdoor). 

antenna_small
( Rujukan daripada laman sesawang )  



Rekacipta Lampu Solar

Rekaan lampu berasaskan LED yang dikuasakan oleh tenaga matahari (lampu solar) untuk pencahayaan kawasan kediaman. Walaupun versi ini direkabentuk untuk pautan pada dinding, ianya boleh diubahsuai dengan mudah untuk lain-lain bentuk pemasangan.

Rekacipta.net - Lampu Solar 01
Menghasilkan rekacipta berasaskan tenaga boleh baharu (renewable energy / teknologi hijau) bukanlah perkara yang sukar. Sesiapa sahaja mampu berekacipta asalkan mempunyai kemahuan. Rekaan lampu solar ini diharap dapat memberi inspirasi kepada anda untukbereksperimentasi dan bermain dengan idea rekacipta berasaskantenaga boleh baharu.

Rekaan lampu solar ini menggunakan solar panel (panel Photovoltaic / PV) buatan sendiri yang digunakan untuk mengecas bateri Asid-Plumbum (Lead-Acid) melalui teknik yang dikenali sebagai Trickle Charging.



Litar pensuisan bertindak mengecas bateri di waktu siang dan akan menyalakan lampu LED secara automatik apabila mengesan cahaya persekitaran menjadi malap. Tahap sensitiviti / kepekaan pengesanan cahaya pula boleh dilaras melalui tombol pada bahagian hadapan lampu.

Rekacipta.net - Lampu Solar 03
Lampu LED menyala apabila persekitaran menjadi malap/gelap. Semakin gelap keadaan persekitaran, semakin terang cahaya lampu.


Rekacipta.net - Lampu Solar pautan dinding
Pemasangan lampu solar di dinding rumah.

Kedudukan dan penghalaan lampu boleh dilaras pada paksi mendatar dan menegak bagi membolehkan fokus pencahayaan di tempat yang anda ingini.



Rekacipta.net - bahagian lampu solar
Bahagian-bahagian pada lampu solar yang telah siap. Tali yang dapat dilihat pada lampu membolehkan lampu dimatikan dan dinyalakan (secara manual) apabila dipaut pada tempat tinggi. Tarik untuk ON, dan tarik sekali lagi untuk OFF (Pull ON - Pull OFF switch). Klik imej di bawah untuk paparan yang lebih besar.

Rekacipta.net - Lampu Solar malam hariRekacipta.net - lampu solar pandangan sisiRekacipta.net -  lampu solar pandangan hadapanRekacipta.net - Lampu Solar 02







Solar Panel Ready Made vs Solar Panel Buatan Sendiri


Anda boleh dikira amat bernasib baik jika menemui panel solar yang memberikan rating voltan dan arus yang sepadan dengan keperluan rekaan anda.


Realitinya, panel solar ready-made yang boleh diperolehi di pasaran Malaysia datang dengan pilihan-pilihan rating kuasa yang begitu terhad (5W, 10W, 20W, 30W dsb). Satu contoh solar panel 5W yang boleh diperolehi di pasaran memberikan rating 17.82V dan 285mA (rating voltan dan arus ini berbeza-beza bergantung kepada jenis dan pengeluar).

Kerapkali rating ini tidak berpadanan dengan keperluan rekaan anda. Untuk tujuan pemadanan, tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel tersebut perlu melalui proses perubahan (conversion) agar menepati keperluan litar. Malangnya proses conversionbukanlah suatu proses yang cekap dan akan mengakibatkan kehilangan tenaga (loss) yang tinggi.


Anda boleh membuat tempahan solar panel yang menepati keperluan rekaan anda secara terus dari pengeluar namun melainkan anda mempunyai wang saku yang banyak, kos yang terlibat adalah terlalu tinggi dan tidak masuk akal untuk projek sebegini.

Atas faktor-faktor yang dinyatakan inilah pendekatan menghasilkan panel solar sendiri adalah pilihan yang lebih praktikal.

Rekacipta.net - sel solar photovoltaic
Solar panel dibina menggunakan unit-unit kecil sel solar dengan rating 5V, 50mA.

Unit sel solar ini memberikan prestasi lebih baik berbanding sel solar yang diuji sebelum ini dimana di bawah matahari yang terik, ia mampu menjana sekitar 5.13V dan 57mA. Pelantar panel diperbuat daripada plat akrilik (Acrylic)  yang dipotong menjadi segiempat sama dan digerudi untuk memberikan akses kepada contact pointsetiap sel solar.


TIPS: Sel solar yang mudah diperolehi di Malaysia mempunyai rating 5V-30mA, 5V-50mA, 5V-100mA, 12V-50mA dan 12V-100mA. Uji terlebih dahulu sel solar tersebut sebelum membuat pembelian dalam jumlah banyak kerana kerapkali prestasi sel solar yang dijual tidak berupaya mencapai rating yang dijanjikan.

Rekacipta.net - membina panel solar
Sebelum membina panel, bahagian belakang sel solar disusun dan ditampal dengan pita pelekat bagi mengelakkan ia bergerak. Sel-sel ini kemudiannya dilekatkan pada permukaan plat akrilik.

Penyambungan wayar kepada setiap sel adalah secara kombinasi selari dan bersiri.

Rekacipta.net - solar panel yang telah siap
Panel solar yang telah siap. Sisi solar panel di rivetkan dengan stok aluminum “L” bar. Bahagian atas solar panel diletakkan Phototransistor untuk pensuisan dan pengesanan cahaya. Di bawah sinaran matahari terik, solar panel ini mampu menjana sekitar 2.6 Watt.


Pemilihan Bateri Simpanan Tenaga


Bateri simpanan berfungsi menyimpan tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel di waktu siang, dan berfungsi membekalkan tenaga yang tersimpan tersebut untuk menyalakan lampu LED di waktu malam.


Terdapat pelbagai jenis bateri di luar sana, namun bateri-bateri daripada jenis Asid Plumbum (Lead-Acid), Nickel Cadmium (Ni-Cad), Lithium-Ion (Li-Ion), Lithium Polymer (Li-Po) dan Nickel-Metal Hydride (Ni-Mh) boleh dicas semula (rechargeable).

Daripada kesemua jenis bateri ini pula, bateri jenis Ni-Cad dan Li-Ion memerlukan arus dan voltan yang malar serta litar kawalan pengecasan agar ianya dapat dicas dengan selamat tanpa risiko terlebih cas (overcharging). Kedua-dua bateri ini tidak begitu sesuai digunakan untuk aplikasi rekacipta berkaitan solar kerana keamatan cahaya matahari sentiasa berubah-ubah dan tertakluk kepada keadaaan cuaca.



Rekacipta.net - contoh bateri boleh dicas semula
Contoh-contoh bateri yang boleh dicas semula (rechargeable). Contoh bateri Ni-Cad dalam foto di atas dileraikan daripada sebuah lampu solar murahan dari China yang hanya dapat bertahan sekitar 2 bulan sebelum rosak.
Bateri Ni-Mh dan Lead-Acid pula mempunyai toleransi yang tinggi terhadap arus pengecasan yang berubah-ubah. Dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagaiTrickle Charging, bateri Ni-Mh dan Lead-Acid dapat dicas dengan selamat (tanpa risiko terlebih cas) tanpa menggunakan litar kawalan selagi arus pengecasan adalah tidak melebihi 10% rating arus bateri tersebut.

Jika dibandingkan prestasi antara bateri Ni-Mh dan Lead-Acid, bateri jenis Lead-Acidmempunyai keupayaan kapasiti menyimpan cas yang lebih tinggi berbanding Ni-Mh. Mengambilkira kesemua faktor ini, bateri Lead-Acid adalah pilihan paling ideal untuk untuk rekacipta sebegini, dan tidak hairanlah ia juga digunakan dengan meluas di dalam aplikasi-aplikasi tenaga solar komersil.


Bateri Lead-Acid yang mudah diperolehi di pasaran Malaysia adalah dengan rating 6V dan 12V (dengan dimensi fizikal dan rating arus yang berbeza).

 Rekacipta.net - bateri dan litar pensuisan
Perumah lampu yang memuatkan litar dan bateri. Saya memilih bateri Lead-Acid 6V (rating paling rendah dan agak mudah diperolehi). Rating arus bagi bateri ini adalah 4.5AH (Amp Hour). Maka ianya dapat dicas melalui teknik Trickle Charging dengan arus tidak melebihi 450mA ( 10% rating arus bateri).


Nilai voltan dan arus yang dilabelkan di bahagian Charging Instruction bateri di atas adalah panduan bagi penggunakan litar pengecasan dari sumber elektrik malar (contohnya pengecas komersil yang menggunakan bekalan elektrik dari soket dinding) dan tidak boleh diaplikasikan secara terus untuk konteks Trickle Charging dan janakuasa tenaga boleh baharu.



Rekacipta.net - litar pensuisan
Litar pengecasan / pensuisan lampu solar.

 Rekacipta.net - skematik litar lampu solar2
Rajah skematik litar. Tujuh butir LED putih yang disambung secara selari membentuk lampu LED.


UPDATE - Mac 2012: Atas permintaan para pembaca, berikut adalah litar pengesacan solar paling ringkas yang boleh dibina. Ia merupakan litar pensuisan secara manual (menggunakan suis Single Pole Double Throw - SPDT). Secara idealnya, voltan daripada solar panel perlu sekurang-kurangnya 110% daripada voltan bateri, dan arus solar panel perlulah tidak lebih 10% arus bateri.



Contoh litar pengecasan solar yang ringkas.

Contoh suis Single Pole Double Throw (SPDT).


Weather Proofing


Pengkalisan cuaca atau wheather proofing adalah langkah tambahan bagi lampu solar yang akan diletakkan di persekitaran yang terdedah kepada elemen cuasa (seperti hujan, panas dan kelembapan). Cara paling mudah dan murah adalah dengan menyaluti komponen eletronik serta menutup segala lubang dan penyambungan dengan menggunakan hot melt glue / glue gun.



NOTA: Oleh kerana lampu ini bergantung kepada cahaya matahari yang senantiasa berubah-ubah dan sukar diduga, prestasinya juga berubah-rubah mengikut keadaan dan bergantung kepada nasib. Hujan dan litupan awan adalah musuh paling utama :)

( Rujukan daripada laman sesawang )